salam,...
asif kerana telah terlalu lama blog ini ditinggal tanpa calitan kata (ewahh, mcam la ada yang rindu)
tak nak cakap banyak pun..just nak conteng sajak je...ohohi(if this is eligible to even be called as poem)
ADA SEBABNYA..
nukilan: anakabahman
ada sebabnya,..
kenapa dulu aku terasa nak masuk UIAM untuk berubah,
tapi Allah kirimkan aku ke bumi KMNS...
RUPANYA
di sana aku belajar apa itu bulatan gumbira
ada sebabnya..
kenapa aku terasa nak jadik AJK surau,
walhal aku bukannya pernah jadik kaki surau
RUPANYA
di situ aku bergaul dengan mereka yg baik-baik
ada sebabnya,..
kenapa Allah bagik result cemerlang (in my opinion) masa semester 1
tapi result sem 2 aku teruk.
RUPANYA..
Allah nak tunjuk akibat aku ponteng usrah
ada sebabnya,..
aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia dan India dengan pinjaman MARA,
tapi terhalang untuk memenuhi kehendak maa yg tak mampu berjauhan dengan anak bongsu yg tak berapa manja ni..
RUPANYA..
Allah dah rencanakan supaya aku dapat masuk UniSZA dengan tajaan penuh JPA..
ada sebabnya...
kenapa aku tercampak ke bumi Terengganu
walau hajat di hati nak belajar kat Key El..
RUPANYA..
sebab Allah nak jaga supaya istiqamah dalam beramal since t'ganu tak banyak distraction..
ada sebabnya..
kenapa Allah menghantar mereka2 yang 'menjerat' aku ke dalam bulatan ini..
walhal aku bukanlah stok sekolah agama..
RUPANYA..
Allah memberiku peluang ke-2 untuk berubah..
ada sebabnya..
kenapa aku dipilih menjadi seorang naqibah (peluh besar, sesak nafas)..
walhal aku bukan hafal dalil dan hadis..
RUPANYA....
Allah memberiku peluang untuk melaksanakan tanggungjawab syahadah ku
ada sebabnya,..
kenapa Allah memilih aku untuk membawa adik2 ke bulatan comel ini..
walhal aku belum mampu meninggalkan jahiliyyah..
RUPANYA..
Allah memberi aku 'fast tract' untuk berubah kerana aku bergerak lebih laju hanya bila di-push
ada sebabnya...
untuk semua yang berlaku dalam hidupku..
ada sebabnya,..
setiap pengalaman pahit itu..
ada sebabnya,..
setiap kepayahan meninggalkan keseronokan..
ada sebabnya,..
aku berdiri dan bernafas pada kadar 12 nafas/minit...
RUPANYA..
Allah sedang membimbingku supaya nanti aku tidak menyesal sewaktu dibicarakan di mahkamah akhirat..
*percayalah, anda tidak akan mampu mencari kenapa setiap perkara berlaku...
sampai suatu masa, anda sedar yang apa yg berlaku, rupanya ada hikmahnya..
kan Allah tu maha Mengetahui...of kos la Dia dah plan dengan cantiknya..
p/s: pesanan syeikh nuruddin kat tv al-hijrah hari tu
"anda masih nak bersuka ria, sedangkan saudara kita ditindas di seluruh dunia?. jangan sampai kat akhirat nanti, kita menyesal sebab terleka."
............................................................................................................................................................. kata kuncinya "jangan sampai nanti menyesal"...
well said dear..
ReplyDeleteWe planned as well as Allah but it happened exactly
as Allah's plan..
He's the best planner..
psssttt.. respiratory rate 12breath/min or bpm.. :)
ahaa..dah betulkan dah..tq..
Deleteyes, Allah knows the best
nice journey of life...leybeh kurang la cam aku....hahahaha, moga ALLAH bimbing kita di jalanNYA....yupp, jgn sampai nnt menyesal~ thats the value of pengorbanan....
ReplyDeleteeverthing happen for a reason.what we need to do is try to be optimistic and have faith in Allah
Delete