today's topic is...THE ULTIMATE SWEET, LOVELY, MERDU,(dan perkataan yg seumpama dengannya)...VOICE OF ALL TIME!!!!
ape die?haaa...ini die...
aku plg ska dengar org mengaji.....ini bukan just restricted to mengaji dlm tv masa ade pertandingan tilawah al-quran peringkat kebangsaan atau antarabangsa tu je..
yg aku maksudkan ialah bila lalu je bilik kawan2 bleh dgr diorg tgh mengaji lepas solat
memang la~~
x dinafikan yg para peserta tilawah tu, suara mereka memg sedap tahap giga masa mengalunkan ayat2 suci dengan lagu bayati, raas, nahwan dan lain2...>>aku pernah belajr dolu,tpi da x ingat..kui..kui..
bayangkan diorg dapat capai tahap suara jawabul jawab=suara otak tu!!!huihui..terer tu
tapi, bagi aku...~~
suara mereka2 yg walaupun x belajar nk bertilawah dengan tarannum tu pun dah cukup untuk jadik halwa penenang hati
cuba anda bayangkan>>AMARAN:JGN BACA AYAT INI DENGAN NADA BIASA AP.PROF ROHAYAH, die tu naqibah aku tau..nk rase kena lempang try la(garang x??hohoho)
masa yg biasa nada2 merdu ini berkumandang biasanya lepas maghrib atau lepas subuh...sebab tu je solat yg kitorg buat kat MAIDAM, waktu lain sti la kat kampus kota, siang2 de klas la sis~(excluding isyak la)
masa nie, boleh kata setiap bilik dalam satu rumah tu mesti ada suara2 hamba Allah yg diberi hidayah untuk mengalunkan Kalamullah, yakni ayat2 Al-Quran x kire la ayat berape, surah ape atau juz yg mane...
masa nie, terasa syahdu sgt,.terasa la sikit aku berada dalam komuniti islam yg masih mengamalkan ajaran Islam...best tau perasaan die..xleh nk gambarkan dgn kata2..that's why i ask you to imagine
haaa...nk lagi feel???.........praktikkan sendiri..
oleh itu~~
aku terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yg ada kat dada dan otak aku yg ciput je nie (perkataan ciput ini menggambarkan ketinggian ilmu aku yg biase2 je, bukan bermaksud aku punya otak sama ngan otak siput)
just nk share kelebihan membaca al-Quran:
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
>>maka, di tengah kesibukan dan tgh stress membuat persediaan untuk menempuh peperiksaan akhir yg menakutkan ini(tho x de monster pun kat ataih exam paper tu!!)..molek sgh kalo kite ubati hati yg nervous dek action of sympathetic nerves yg menyebabkan adrenaline rush tu dengan membaca la-Quran..Allah dah bagi gerenti beb, xkan xnk cayer!!
Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
pastu, senang la doa kite nk diterima cause malaikat dok tgu kat bilik kite je..mesti Allah senang makbul, kan? yela,da mesti malaikat-malaikat yg ada dlm bilik kite tu mengadu kat Allah pasal doa kite,,,..bayangkan ade seribu malaikat yg ade kat situ..maknenye seribu kali Allah dengar pasal doa kita dari para malaikat..x ke senang skit nk makbul?
haa..tu baru yg duniawi...~~
yg maknawinye xyah citer la..banyak kot~`
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)..>>haaa, ce kire kalau bace alhamdulillah je, berapa kebaikan yg kite dapat...tapi, dah alang2 bukak al-Quran tu, xkan nk bace basmalah je, plg koman pun bace la al-Fatihah, ummul ktab tuh!
3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga...kat dunia xleh dapat der, bidadari tu sgtla..sgt..sgt..sgt..sgt lawa~~
4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus>>>xpayah carik duit bebyk, keje sesusah...baca je al-Quran, Allah janji jadik jutawan kat akhirat nanti, sungguh la Allah tu Maha Pemurah
5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin
10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
11. Jika di baca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu
12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.
13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat
14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran
15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat
Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “
nota:sumber2 di atas dipetik dari blog ustazah azimah (http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/11/09/kelebihan-membaca-al-quran/) dan blog cahaya mukmin (http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/08/kelebihan-membaca-al-quran-dan-berzikir.html) dan diulas dari sudut pemahaman insan biasa bernama anak abah man.
ape???tajwid berterabur, bacaan tersekat2??~~
tak mengapa sahabatku...
aku penah dgr la, on the way nk balik maidam hari tu, ustaz yg tgh bagik tazkirah kat masjid ladang tu bgtau
"sesungguhnya, org yg membaca al-quran, walaupun tergagap2, die telah mendapat 2 kelebihan...
pertama, pahala membaca al-quran..dan kedua,pahala atas usahanya meneruskan bacaan walaupun tersekat2..
haaa...dah tu..ape tgu lagi..x kire la bgaimana pun personaliti n penampilan anda...kena kutuk sebab x sempurna tutup aurat pun....pahala baca al-Quran tu tetap dikira>>tapi sti la kena tutup aurat betul2, nanti Allah syg lebih...
jadi~~~
rajin2 la baca quran ye...
kata2 nie ditujukan buat diriku jugak dan teman2 yg baca post nie
peace,may allah bless
p.s.ayob n amer, tq jadik follower aku...terharu kot~~sob,sob..tacing dowh |
No comments:
Post a Comment