Wednesday, 1 May 2013

rant ep 23: pahit-pahit ubat, ditelan juga

assalamualaikum..

teringat satu pepatah arab yg ambo belajar masa sekolah menengah dulu
"kullu haq, walau kana murra" --> lebih kurang gitu la bunyinya
[katakanlah kebenaran, walaupun ianya pahit]

dan memang betul pun, kebenaran nie memg sgt tajam macam pedang katana fruit ninja..
lagi menghiris jantung macam pisau rambo..

kalau kena, pergh...meletup gunung berapi keegoan..

dan kerana itu lah kot,
manusia tend to melompat sakan bila kena batang hidung sendiri..

maka bermulalah episod drama telenovela
mula menuduh si pencerita kebenaran yg mereka tidak faham..
"kau tak pernah rasa, nak jugde aku plak"
"ah, kau ape tau"
dan kebisingan mulut si murai itu berterusan sehingga si pencerita tidak lagi kuasa nak melayan

persoalannya, adakah anda faham kenapa si pencerita mempreskripsikan serum kebenaran itu pada anda?

sifat semulajadi manusia (ye kot?)..
tidak betah bila mana ada yg mencuba mencungkil zon selesa mereka..
lantas, membuak2 api kemarahan mereka lalu mengaburi kebolehan memproses data

dan sebagai seorang pemerhati, 
satu benda yg bisa aku simpulkan..
tahap iman seseorang boleh dilihat dari segi berlapang dadanya seseorang apabila ditembak dengan peluru berisi "kebenaran"...

tidak usah bertengkar menghambur kata-kata jijik,
andai kebenarannya, apa yg cuba diketengahkan penulis berkenaan terkena tepat ke pipi gebu anda..

kerana yg pasti, kebenaran itu pahit, tidak semanis chocolate hersey's..
tapi harus ditelan buat ubat nafsu diri..

dan yg pasti, tiada manusia yg lebih hensem dan segak..
melainkan mereka yg menerima teguran terbuka dengan hati yg lapang dan fikiran yg matang


p/s: ini lintasan hati masa baca artikel ini dan komeng-komeng di bwahnya..

rant ep 22: kerana cool, kini aku di sini

assalamualaikum,..dan salam kebahagiaan untuk semua

tetiba malam nie (pagi actually,dah 1:21 am kot)..terasa nak mengimbas kenangan kenapa boleh terjebaknya beta dalam arena yg sumpah sangat panjang dan penuh duri2 pokok kaktus nie...

arena medic..
bidang yg tak pernah aku impikan dari kecil..
some of my classmates memang dari kecik kalau orang tanya "apa ambition bila dah besar?" maka jawapan mereka ialah "nak jadik doktor"

takpun, alasan yg lagik logik, "doktor senang kerja"
alasan yg tak berapa nak praktikal dah sekarang since dah berlakunya LEBIHAN doktor plak..
sebab, semua orang nak jadik doktor, result tak gempak (heh, mcm la result aku gempak,takat lepas makan je) , 
asal ada duit, boleh pegi ceruk alam mana nak gi belajar medik..tapi pakai PAMA punya funding lah..

tak lupa juga alasan, "buat medik senang duit, nanti nak tolong family"
mungkin la alasan nie yg plg logik dan praktikal sebab gaji doktor still lagi high..
tapi masih lagi dalam kategori "kerja-berat-tak-padan-dengan-gaji"

dan juga alasan yg tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas...
tak lain dan tidak bukan "untuk merawat family sendiri"
hak nie memang sangat tak logik dan menunjukkan yg anda tak pernah dengar etika perubatan..
yang mana telah menggariskan, seorang doktor tak boleh rawat saudara sendiri kerana dikhuatiri menjejaskan judgement anda dalam memilih rawatan..

habes, yg mana satu alasan anak abah man masa nak jadik duktur dulu??
haa, kes ana sangat la tidak boleh dikategorokan di dalam mana2 klasifikasi di atas..
kerana kes saya sangat dangkal dan tidak munasabah dan sarawak..

cerita bermula dari jaman anak abah man masih kecik (yakni sekolah rendah)..
cita2 asal aku nak jadik polis...
gara2 sangat fanatik dengan cerita gerak-gerak khas..gerak-gerak khaaassss.. dulu...

dan bila kenal dengan subjek sains,..i'm kinna feel like i'm into science..
masa tu dok la cari apa jenis kerja yg boleh apply both investigation n science..

maka lepas tu, cita2 beta berubah nak jadik CSI sebab timbunan CSI series kat tibi..
maka dari darjah 6 sampai tingkatan lima, hati nie dok cari2 peluang nk sambung forensik..

dan pernah jugak terlintas nak jadik pilot sebab pengaruh sorg kawan laki yg dok ceghita kat aku bestnya jadik pilot..tpi nasib tak baik..pendek!!aiseyy..baru nak bajet pakai baju putih spek hitam aviator..

bermulanya kisah anak abah man nak bergolek di dalam lumpur berwap medik,
hanya selepas SPM...saya ulang sekali lagi..lepas hekzem SPM..
masa tu, ada siri "new heart" kat tv2..
pasal cerita doktor bedah cardiology..
masa tu, entah lintasan circuit mana, hati ini terpikat dengan ke-kool-an seorg surgeon..


hah, nie apa jenis lumpur pun ambo tok tahu [kredit]

at that time, tak dak lain yg aku nampak..
mmg jadik surgeon cool abes la..
gayanya, ke-konfident nya, kehebatannya, keseriousan nya...
dan aku menangis bagai nak rak (sila jgn imagine) menyesali diri..
"asal tak study betul2 dulu, nie dah sah2 result keluar nanti tak mampu nk sambung medik"..


[hatnie la..]

dan alhamdulillah,
seperti telah dirancang dengan indah oleh YG KUASA...
aku telah ditawarkan ke matrik neg 9..
tempat aku mengenali apa itu tarbiah..apa itu usrah..

dan kini, telah 3 tahun di bumi penyu bertelur..
menikmatinya keindahan dan kedamaian hidup sebagai warga medik..
yg every day di-expect pegang buku 24 hourly..

yg pasti, alasan aku untuk menyudahkan degree yg sumpah sangat menduga mental dan fizikal ini telah berubah hanya sebab sesuatu...
niatku untuk berjaya jadik surgeon one day nanti, bukan lagi sebab handsomenya surgeon masa pegang skalpel..malah bukan lagi kerana smart-nya bergaya dengan kot putih yg panas dan tak menyerap peluh itu..

tapi ada sesuatu maksud lain, yg aku rasakan ..inilah sebabnya Yg Di Atas memilih aku berada di jalan ini..

p/s: nak sambung lain kali..hahaha..budget suspen thriller..bajet..bajet

Thursday, 7 March 2013

rant ep 21: henshin..if only i can

assalamualaikum..

if there's one thing i wanna change about myself..
it would be to change my attitude..

i talk too much,
and it bothers me

to tell the truth,
i hate to talk too much,
but i cannot control them..
neither my mouth nor my brain..

because a lot of time,
i end up hurting people, or hurting myself

if only i can,
i would like to be like them..
who knows how to keep quite when they need to,
and stand up and talk when they need to..

and that would be one of the thing..
i would like to achieve in life...


Friday, 15 February 2013

rant ep 20: is it ok to cry?

assalamualaikum, dearest friends...

it's post exam and like always,..i felt like a douche bag who had just ruined her life by not studying enough for the exam and had failed to answer properly..

and like always, i left the ward smiling..
smiling on the outside but bleeding on the inside...

came back to maidam and discover mat lutfi's latest video which was damn awesome...
talking about him graduating and stuff...giving advice how he survive the period..
and left an impression...
"if you feel lazy to study, call your mum, you'll be re-inspired after that"


makes me jealous...
i rarely call maa and pour out all my problems,,
because i feel like it's selfish to add the burden on her..
i mean, maa also had serious trouble she had to handle right?

so, the big question is??
is it ok to call her and cry, whining about my life when i know maa's was not a bed of roses either...

i mean, well, she is my dearest maa..
which mean, i had the privilege of calling her and let go of all the misery out of me..
especially when she had alot of experience in life..
eventhough maa probably never had the same experience, but she is my maa afterall,
.....

but still, i had that doubt in mind...
because i really, really loves her..
and i don't want her to worry about me..
and knowing my mum, when she gets worried, she get attached to it and start to get disturbed by it..

and to make my maa getting obsessively worry about me, ..will be the last thing i want to do



~at the end of writing this, i still strongly believe i should not call her and whines..sheessh~

Sunday, 10 February 2013

beauty

assalamualaikum..
"sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.."

i came across this lovely poster by brotherhood arts...


Islam..
does not belong to any race...
not even to arabian, even if Islam started there..
it does not change your nationality, nor your race...
it just change the way you life,..
for Islam is a deen, a way of life...

go and see a group of muslims performing solah,
and you can find all skin color...white, black, asians..
because Islam does not belong to any nationality..

you can be chinese, yet still a muslim,..
you can be african-american, yet still a muslim
you can be indian, yet still a muslim...
you can be a thousand other races, yet still a muslim

you can still celebrate a cultural celebration as along as it has nothing to do with other religion..
to come home for chinese new year and share a big bowl of food with your family even if they're not muslim (make sure the food is halal)..

happy holiday people~~
may Allah give us strength..

Tuesday, 11 December 2012

rant ep 19: rindu giler!!

assalamualaikum and howdy, peps..
hello world!!!seyes lama tak menconteng arang  ke muka belog kesayangan ini...
tak cukup kaki tangan nak menulis..(alangkah best kalau ade byk tangan cam octopus..haha,mesti buruk kan??)..

well, saje je nk meroyan..*actually sgt jeles dgn org yg boleh update belog post*
i got writer's block for the past few months since i got into clinical years..aku nk otak kanan aku balik!! huhu..rasa cam dah takde perasaan sekarang nie...

mana taknya, belom pejabat-ly (note: officially) jadik doktor, tapi kalau tengok luka n darah, tak rasa apa2 pom..cam tengok kertas exam je..waaa..

ok, bosan la asyik citer pasal benda kat hospital..dah muak!!eheh, tpi still kena jejak kaki ke sana esok pagi..duhh

nk citer, hari tu kol mak, after almost 1 month balik kampus,,..sejak balik dari rumah hari tu, hak tu first time skali kol ma..ma macam marah la *memang marah da pom, cuma tak tinggi suara jek*

ma kata, "oo..ade lagi anak aku sorang jie, ingat takde dah"..huhu,sentap
aku mintak maaf je la, then ma kato "ehmm, nak maafkan ke tak ye?"..amboi ma, mati kena langgar lori anak awak nie kalau ma tak ampunkan..

moral of the storey,..betapa kita nie selalu leka dengan kehidupan, sampai lupa ngan orang yang dekat, ma kot..*tpi in my case, coz aku memang sangat "rajin" top-up fon...* entah, i feel empty sekarang nie...

hidup hanya diwarnai dengan kolor putih white kot and biru warna baju tidur..kitaran bodoh yg berulang2 tiap-tiap hari sampai mual nak muntah hijau dah..aku nak life aku balik before i ruined it...before i destroyed my feelings and thoughts to others who deserve it....

nak kejar balik impian berkobar-kobar nak jadik surgeon, nak balik jadik anakabahman yang sangat suka main-main *kacau orang kat bilik* , nak berfoya2 merempit masa hujung minggu dengan beh fren.. nak pi jaulah sampai oversea (thinking of indonesia, duit..$$$)..nak pi rehlah ngan geng omar semua, nak jumpa ustaz salam, nak terbang tinggi....

tapi kenapa...masa asyik dibazirkan..tak tahu untuk apa..nak kata..
study?, of kos la tak..
main game? laptop dah jarang bukak..
tido? mungkin la kot..
tapi macam tak best dah...nak nikmati dan isi masa muda dengan benda yang aku akan ingat sampai tua...

huhu...giler sedih punyer post... lantak la nak kata apa... bukan ada orang baca pun

Wednesday, 5 September 2012

rant ep 18: ado sobabnyoo~~

salam,...
asif kerana telah terlalu lama blog ini ditinggal tanpa calitan kata (ewahh, mcam la ada yang rindu)
tak nak cakap banyak pun..just nak conteng sajak je...ohohi(if this is eligible to even be called as poem)

ADA SEBABNYA..
nukilan: anakabahman

ada sebabnya,..
kenapa dulu aku terasa nak masuk UIAM untuk berubah,
tapi Allah kirimkan aku ke bumi KMNS...
RUPANYA
di sana aku belajar apa itu bulatan gumbira

ada sebabnya..
kenapa aku terasa nak jadik AJK surau,
walhal aku bukannya pernah jadik kaki surau
RUPANYA
di situ aku bergaul dengan mereka yg baik-baik

ada sebabnya,..
kenapa Allah bagik result cemerlang (in my opinion) masa semester 1
tapi result sem 2 aku teruk.
RUPANYA..
Allah nak tunjuk akibat aku ponteng usrah

ada sebabnya,..
aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia dan India dengan pinjaman MARA,
tapi terhalang untuk memenuhi kehendak maa yg tak mampu berjauhan dengan anak bongsu yg tak berapa manja ni..
RUPANYA..
Allah dah rencanakan supaya aku dapat masuk UniSZA dengan tajaan penuh JPA..

ada sebabnya...
kenapa aku tercampak ke bumi Terengganu
walau hajat di hati nak belajar kat Key El..
RUPANYA..
sebab Allah nak jaga supaya istiqamah dalam beramal since t'ganu tak banyak distraction..

ada sebabnya..
kenapa Allah menghantar mereka2 yang 'menjerat' aku ke dalam bulatan ini..
walhal aku bukanlah stok sekolah agama..
RUPANYA..
Allah memberiku peluang ke-2 untuk berubah..

ada sebabnya..
kenapa aku dipilih menjadi seorang naqibah (peluh besar, sesak nafas)..
walhal aku bukan hafal dalil dan hadis..
RUPANYA....
Allah memberiku peluang untuk melaksanakan tanggungjawab syahadah ku

ada sebabnya,..
kenapa Allah memilih aku untuk membawa adik2 ke bulatan comel ini..
walhal aku belum mampu meninggalkan jahiliyyah..
RUPANYA..
Allah memberi aku  'fast tract' untuk berubah kerana aku bergerak lebih laju hanya bila di-push

ada sebabnya...
untuk semua yang berlaku dalam hidupku..

ada sebabnya,..
setiap pengalaman pahit itu..

ada sebabnya,..
setiap kepayahan meninggalkan keseronokan..

ada sebabnya,..
aku berdiri dan bernafas pada kadar 12 nafas/minit...

RUPANYA..
Allah sedang membimbingku supaya nanti aku tidak menyesal sewaktu dibicarakan di mahkamah akhirat..

*percayalah, anda tidak akan mampu mencari kenapa setiap perkara berlaku...
sampai suatu masa, anda sedar yang apa yg berlaku, rupanya ada hikmahnya..
kan Allah tu maha Mengetahui...of kos la Dia dah plan dengan cantiknya..

p/s: pesanan syeikh nuruddin kat tv al-hijrah hari tu
"anda masih nak bersuka ria, sedangkan saudara kita ditindas di seluruh dunia?. jangan sampai kat akhirat nanti, kita menyesal sebab terleka."
............................................................................................................................................................. kata kuncinya "jangan sampai nanti menyesal"...