teringat satu pepatah arab yg ambo belajar masa sekolah menengah dulu
"kullu haq, walau kana murra" --> lebih kurang gitu la bunyinya
[katakanlah kebenaran, walaupun ianya pahit]
dan memang betul pun, kebenaran nie memg sgt tajam macam pedang katana fruit ninja..
lagi menghiris jantung macam pisau rambo..
kalau kena, pergh...meletup gunung berapi keegoan..
dan kerana itu lah kot,
manusia tend to melompat sakan bila kena batang hidung sendiri..
maka bermulalah episod drama telenovela
mula menuduh si pencerita kebenaran yg mereka tidak faham..
"kau tak pernah rasa, nak jugde aku plak"
"ah, kau ape tau"
dan kebisingan mulut si murai itu berterusan sehingga si pencerita tidak lagi kuasa nak melayan
persoalannya, adakah anda faham kenapa si pencerita mempreskripsikan serum kebenaran itu pada anda?
sifat semulajadi manusia (ye kot?)..
tidak betah bila mana ada yg mencuba mencungkil zon selesa mereka..
lantas, membuak2 api kemarahan mereka lalu mengaburi kebolehan memproses data
dan sebagai seorang pemerhati,
satu benda yg bisa aku simpulkan..
tahap iman seseorang boleh dilihat dari segi berlapang dadanya seseorang apabila ditembak dengan peluru berisi "kebenaran"...
tidak usah bertengkar menghambur kata-kata jijik,
andai kebenarannya, apa yg cuba diketengahkan penulis berkenaan terkena tepat ke pipi gebu anda..
kerana yg pasti, kebenaran itu pahit, tidak semanis chocolate hersey's..
tapi harus ditelan buat ubat nafsu diri..
dan yg pasti, tiada manusia yg lebih hensem dan segak..
melainkan mereka yg menerima teguran terbuka dengan hati yg lapang dan fikiran yg matang
p/s: ini lintasan hati masa baca artikel ini dan komeng-komeng di bwahnya..