jom!!!perbaharui niat...ya Allah semoga tulisan ini mampu mendekatkanku pada-Mu dan memberi kesan kepada hati2 yang membaca post ini...amin..
dah??ok...
masih lagi berkisar dengan topik yang sama yakni mencari kesempurnaan dalam hidup...wohoo...
hah...yg kat sebelah tiang tu,awat garu2 betis tu..xpaham??aiyoo..cer tgk balik rant ep 11: fighting!!
pernah tak korang rasa pelik2 ubi kayu...kenapa ye bila aje soal berubahlah kepada yang lebih baik..
semua orang akan kata..
ehmm...saya..er..saya...tunggu seru???huhu*buat muka innocent sambal belacan*
oh,aeee...
wahai ladies and gentleman sekelian...
bak kata wardina safiyyah dalam latest article beliau dalam majalah JOM!!..
"hidayah itu perlu dicari"satu artikle yg sgt membasahkan,bagi aku..
die mention yg every solat kita akan baca al-fatihah..in which,one of the verse state;
"tunjukilah kami jalan yang lurus"(al-fatihah,1:6)setiap kali solat,kita akan recite ayat nie,mintak supaya Allah tunjuk jalan kepada-Nya..tpi pernahkah kita berusaha untuk mencapainya??
hei,kawan..
percayalah..
buah duku takkan luruh kalau takde usaha kita memanjat dan memetiknya ataupun menjoloknya..
kalau ada pun, yang luruh itu dah boleh buat baja....ataupun dah kurang sedap..
seperti itu juga hidayah.. Allah xkan turunkan hidayah itu sedebuk ke muka anda..
maka selepas dengar ini,anda akan berasa cemburu dengan mereka yang mampu berubah walaupun mereka juga dulu seangkatan dengan anda..
dan dek kerana bisikan chik malu-tan(read:shytan)..anda mula rasa yang Allah kurang menyayangi anda sebab anda x dapat apa yg mereka dapat..
opss...anda...aku nak tanya sikit boleh??
anda x rasa something yang off ke kat sini??
perasaan yang anda rasa tu..
perasaan yang anda sepatutnya berubah..sebab anda rasa hidup anda kini x sepatutnya begitu kerana anda seorang muslim...
bukankah itu juga satu hidayah???
manakan tidak..
kalau itu bukan rasa yang diterbitkan Allah..itu apa?? satu amaran yang anda akan menjelma jadi biawak jadian??
cer fikir...di saat orang lain bergembira tawa tanpa duka nestapa!(boyoyo..tu dia..keluaq bahasa flowery)
di saat buat dosa x de rasa bersalah..
anda merasa something yg kureng kan??
sebab tu anda mula rasa yang satu perubahan patut berlaku...
oleh itu,aku ucapkan tahniah kepada anda..
ingin aku pakai speaker masjid ladang dan laungkan...
"dear ......,TAHNIAH!!..hati anda dah ditepuk sepoi2 bahasa...anda sudah ditemukan dengan hidayah..cuma anda perlu korek hidayah itu keluar!!"
[hah,cepatlah panjat..sementara tangga tu masih ada] |
maka apa langkah seterusnya???
gerakkan anggota anda dan setat lah mencuci daki2 untuk korek hidayah yang dah sedia ada tu..
bermula dari sekarang...takut nanti daki tu bertambah tebal!!
[kucing ni takkan dapat makan ikan kalau dia tak lompat ke dalam air..huhh??] |
dan percaya x??kalau pun orang tu jumpa cahaya hidayah everyday,,,kalau dia tak de usaha untuk berubah..
maka jadilah macam surgeon jumpa bom atom...bom tu xkan mampu di-defusekan sebab xcukup ilmu..uii
[xkesahlah berapa kali hati anda disentuh, kalau x berusah mencari jalan yg betul,xkan mampu memberi kesan] |
p/s:woho..panjangnye post..larat ke baca??tahniah la..
p/s/s:nk cara paling mudah...gi usrah..ilmu dapat..geng dapat...kakak dapat...makan pun dapat free..koikoi..
amaran keras: yang anakabahman maksudkan hidayah yakni petunjuk bukan individu bernama Hidayah..sekian